Paparan Waktu Solat Masjid & Surau Yang Lebih Profesional
Paparkan waktu solat, kira detik azan dan iqamah, pengumuman, kuliah, khutbah serta media dalam satu sistem yang moden, kemas dan mudah digunakan.
Sistem direka khas untuk berfungsi sepenuhnya secara luar talian. Sambungan Wi-Fi berterusan atau komputer berasingan tidak diperlukan untuk mengendalikannya.
Paparan yang menarik dan profesional. Pilih daripada enam tema susun atur berbeza yang boleh ditukar pada bila-bila masa mengikut cita rasa dan kesesuaian ruang anda.
Sistem mesra pengguna yang amat senang dikendalikan. Kemas kini masa solat, maklumat, atau tetapan dengan mudah pada bila-bila masa terus dari telefon bimbit anda.
Sampaikan maklumat terkini melalui teks bergerak yang jelas. Sistem menyokong paparan gambar hebahan dan video korporat atau aktiviti masjid dengan stabil dan lancar.
Pamerkan jadual kuliah mingguan secara tersusun. Sistem juga boleh memaparkan petikan Al-Quran dan Hadis harian untuk manfaat jemaah.
Paparan waktu solat yang jelas dan dijamin tepat. Dilengkapi dengan skrin khas kira detik azan dan iqamah berserta arahan mematikan telefon bimbit.
Terdapat mod khusus untuk memaparkan gambar, nama dan jawatan ahli jawatankuasa masjid/surau dengan reka bentuk yang kemas.
Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan terus ke lokasi anda, merangkumi seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Beli sekali, guna selamanya. Bebas dari sebarang komitmen yuran bulanan atau tahunan yang tersembunyi.
Pilih susun atur yang paling sesuai untuk ruang masjid atau surau anda. Semua reka bentuk boleh ditukar pada bila-bila masa melalui telefon pintar.
Terdapat pelbagai pilihan saiz yang sesuai dengan kapasiti ruang jemaah anda. Reka bentuk moden yang serasi dengan seni bina dalaman.
Penyelesaian Sempurna Untuk:
Kami menawarkan dua pilihan rangkaian sistem bagi memenuhi keperluan masjid anda. Pilih sistem luar talian tanpa yuran atau sistem pelayan untuk kemudahan kawalan jarak jauh.
Sistem asas yang memfokuskan penggunaan tanpa memelukan sebarang sambungan internet.
Sistem yang stabil dan paling mudah di kemaskini secara terus ke Cloud (pelayan maya).
Nota: Pakej ini memerlukan sambungan internet yang sentiasa aktif (seperti Unifi, kabel LAN atau penghala 4G) di lokasi pemasangan.
Kami pakar dalam pemasangan sistem kamera profesional (PTZ) untuk siaran langsung. Paparkan video penceramah terus ke TV di ruang jemaah, termasuk ruang muslimat, serta siarkan serentak ke Facebook dan YouTube.
Kami sediakan dan pasang kamera siap guna. Sistem yang ringkas, boleh dikendalikan sendiri oleh AJK masjid dengan hanya butang kawalan mudah.
Membantu jemaah melihat penceramah atau khatib dengan jelas melalui sambungan TV di kawasan yang terlindung dari mimbar.
Sebarkan ilmu tanpa sempadan. Penstriman terus ke media sosial rasmi masjid anda dengan kualiti video dan audio yang tajam.
Peralatan kamera dan sistem integrasi visual dari jenama berkualiti tinggi yang tahan lasak.
Hasil kerja pendawaian yang sangat kemas, selamat dan tidak menjejaskan seni bina masjid.
Latihan penggunaan penuh diberikan dan juruteknik kami sentiasa bersedia membantu apabila diperlukan.
Tinggalkan cara lama menampal kertas pengumuman. Beralih kepada sistem digital yang menjimatkan masa dan tenaga. Sistem ini mudah dikendalikan, kemas, moden serta direka khas untuk keperluan pengurusan surau dan masjid di Malaysia.
Lihat cara sistem membantu AJK masjid menyediakan ayat tazkirah, peringatan atau hebahan ringkas untuk dipaparkan di TV.
Telah dipasang di pelbagai masjid, surau, pejabat dan sekolah merangkumi setiap negeri. Kami komited memberikan perkhidmatan terbaik untuk kemudahan anda.
Ini hanyalah sebahagian daripada senarai pemasangan kami.
Ribuan surau dan masjid lain di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada pengurusan digital sistem PSD.
Hubungi kami untuk mendapatkan demonstrasi percuma dan sebut harga rasmi.
WhatsApp: 016-495 3303Tindak balas pantas. Kami sedia membantu.